LESEN SENJATA: SENJATA TIRUAN BAGI KEGUNAAN SUKAN/REKREASI

LESEN SENJATA: SENJATA TIRUAN BAGI KEGUNAAN SUKAN/REKREASI
1. Bagaimana cara memohon?
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Pol 128 melalui Portal Rasmi PDRM, www.rmp.gov.my dan diserahkan di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran untuk diproses bagi mendapatkan kelulusan.
2. Siapa yang boleh memohon?
Lesen HANYA boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dan diiktiraf kepakarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi tujuan kegunaan sukan. Individu yang ingin memiliki senjata bagi kegunaan peribadi adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
3. Apakah jenis senjata yang memerlukan lesen?
Pemilikan senjata untuk tujuan sukan adalah seperti senjata paintball marker, airsoft gun dan ball bearing gun.
4. Adakah salah jika tidak memiliki lesen?
Individu yang didapati memiliki senjata tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960 yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
